PENGERTIAN AQIDAH
Aqidah berasal daripada perkataan Arab (Aqada) yang bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang manawi. Dari maksud lahiriah perkataan aqidah bermaksud ikatan atau simpulan manawi yang terkhusus di dalam kepercayaan. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak dapat mungkin tercerai atau terurai.
Fahaman praktikalnya aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan Penciptanya. Aqidah Islamiyyah sahajalah yang benar dan yang betul, manakala yang lainnya adalah palsu dan batil. Konsep aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang diistilahkan Islam sebagai Iman.
UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH
Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan aqidah terdiri daripada :
1. Unsur aqal atau pemikiran.
2. Unsur iradah atau pemilihan.
3. Unsur wujdan atau perasaan
Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian dan kuat. Kesempurnaan aqidah adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulan dalam jiwa. Keutuhan dan keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini. Yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsur tadi terjalin dan searah jalan tanpa pertentangan; iaitu pembuktian dan kelojikan aqal; kerelaan hati serta kehangatan peraan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang membentuk kesempurnaan peribadi atau syakhsiyyahnya dan menjadi kompas pengarah atau pembentukan corak dan warna hidupnya sama ada dalam lingkungan individu, mahupun dalam lingkungan keluarga, atau pun dalam lingkungan masyrakat yang lebih besar.
Hakikatnya cirri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan aqal atau intelek, demikian juga tidak cukup berada di paras penerimaan dan pengakuan sahaja. Tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentiment yang sihat.
AQIDAH PEMBENTUK PERIBADI
Aqidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorakkan amalan dan perbuatan muslim. Sebagaimana acuan dapat membenuk dan mencorakkan kandungannya, maka demikianlah halnya dengan akhlak . ia dapat membentuk individu yang mengambilnya menepati hakikat dan tabiat keinsanan yang tulen seperti kehendak Allah. Jelasnya, akhlak dapat membentuk sifat-sifat naluri Muslim, aqal fikirannya, iradahnya, dan perasaannya.
Aqidah Islam adalah bersumberkan ketuhanan atau merupakan aqidah Rabbaniyyah yang tetap, sempurna dan menyeluruh. Hanya aqidah yang kukuh sahaja dapat membentuk manusia yang kukuh dan teguh. Kekukuhan dan keteguhan aqidah inilah yang menjadi sumber kekuatan Islam. Inilah hakikah kekuatan umat Islam; kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya menjadi asas kekuatan jasmaninya.
CIRI-CIRI AQIDAH
Aqidah Islam mengandungi cirri-ciri atau rukun-rukun asas. Cirri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga:
1. Marifatullah (mengenali Allah)
Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah subhaanahu wa taaala, nama-nama-Nya yang mulia serta sifat-sifatnya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-buki yang ada di alam ini.
2. Marifatur Risaalah(mengenali kerasulan)
Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariatnya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang haq dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam.
3. Marifatul Batsi (mengenali hari kebangkitan)
Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada yang baik atau yang buruk untuk diberikan balasan pahala atau siksaan dan di sana juga adanya sirathol Mustaqim, syurga dan neraka.
KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAMIYYAH
Aqidah itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang mana ia membuktikan kesucian dan keluhurannya:
1. Aqidah yang menyeluruh
Aqidah Islam adalaj aqidah yang menyeluruh merangkumi kedua-dua sumber kejadian manusia; rohani dan jasmani. Ia tidak menerima perubahan atau pengembangan, tidak ada permulaan dan akhiran, dan mengakui persambungan atau kelangsungan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan akhirat.
2. Aqidah yang kekal
Aqidah Islam kekal kerana tidak berubah disebabkan perubahan keadaan atau zaman. Ini berbeza dengan ideology yang berasaskan dasar yang lemah dan luntur. Contohnya ideology yang berasaskan kebendaan dan perkauman yang menjadikan kebendaan dan perkauman itu sebagai asas dan dasar kehidupan.
3. Aqidah yang sesuai sepanjang masa
Aqidah Islam bersifat kekal dan sesuai untuk sepanjang masa.
4. Aqidah Islam yang praktikal.
Aqidah Islam bukan hanya bersifat aqliyyah (yang dapat diterima oleh aqal), tetapi pada waktu yang sama bersifat nafsiyyah (kejiwaan) dan amaliyyah (praktikal). Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukan hanya suatu teori benar yang boleh dibincangkan tetapi bertapak dan sebati di dalam hati. Aqidah yang sedemikian akan menjadi tenaga penggerak untuk membebaskan umat manusia.
5. Aqidah Islam penyusun nilai hidup
PERBEZAAN AQIDAH DAN IEOLOGI
Aqidah dan ideology adalah kepercayaan atau pun fahaman yang amat berbeza. Ideology merupakan kepercayaan dan dasar hidup yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadeeth dan meninggalkan kesan yang merbahaya kepada manusia sama ada disedaria atau tidak umat Islam perlu kenal dan tahu perbezaan antara kedua-duanya agar tidak terjebak kekancah yang tidak diredhai oleh Allah subhaanahu wa taaala.
Aqidah Islamiyyah yang datang dari Allah pastinya sempurna. Allah sebagai pencipta makhluk sudah tentu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. Sebaliknya ideology ciptaan manusia yang banyak kekurangan sudah pasti dilingkungi oleh banyak kelemahan. Aqidah Islamiyyah sesuai bagi setiap masa dan tempat kerana ia bersandarkankepada asas yang tepat iaitu Al-Quran dan Hadeeth. Ia tidak berubah walau apapun yang melanda dan tidak berubah kerana peredaran zaman. Sementara itu ideology mudah berubah dan bertukar mengikut hawa nafsu manusia itu sendiri. Sebagai contonya ideology nasionalisme kepercayaan tidak sesuai untuk pegangan hidup seluruh umat manusia.
Ideology juga tidak merangkumi seluuh aspek kehidupan manusia (politik, ekonomi, pendidikan, akhlak dan lain-lain). Contohnya komunisme dan kapitalisme hanya menjurus kepada bidang ekonomi.
Ideology tidak mampu menjadi menjadi penyelamat umat berbanding dengan aqidah Islam. Terdapat ideology yang menjaga kepentingan pemerintah dan tasub perkauman sehingga berlakunya penindasan kepada sesama manusia serta terbukti dalam sejarah berlakunya pergaduhan di kalangan umat manusia.
PENGERTIAN TAUHID
Perkataan Tauhid berasal dari perkataan Arab (wahada) yang bereti mengesakan. Dari segi istilah bermaksud beritiqad dan mempercayai bahawa Allah subhaanahu wa taaala itu esa dan tunggal, tiada syirik atau sekutu baginya. Fahaman secara praktikalnya tauhid ialah suatu pegangan hidup yang mempercayai bahawa Allah subhaanahu wa taaala adalah Tuhan yang Maha Esa dan tidak ada sekutu baginya atauupun yang menyerupaiNya. Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada sesiapa yang setara denganNya.(Al-Ikhlas:1-4)
PEMBAHAGIAN TAUHID
Tauhid terbahagi kepada tiga:
1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma was Sifaat
Tauhid Rububiyyah
Tauhid rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Rabb atau Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu. Allahlah Pencipta sekalian makhluk dan alam ini, Pemilik, Pentadbir dan Pemberi segala-galanya. Allah yang menghidukan dan mematikan sesuatu, Dia yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat terhadap sesuatu dan tiada siapa yang berhak dan berkuasa untuk melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan tanpa izinNya.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada siapa yang dapat menolak kurniaanNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakinya di antara hamba-hambaNya dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyyah juga dikenali sebagai Tauhid Ibadah. Tauhid Uluhiyyah ialah mengitiqad dan beriman bahawa Allah subhaanahu wa taaala shaja yang berhak disembah dan tiada sekutu di dalam penyembahanNya. Dia sahaja yang berhak disembah, ditaati dan dikasihi, kepadaNya tempat bertawakkal, tempat berserah, tempat menaruh harapan, permohonan dan berdoa. Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Hanya Engkau sahajalah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engaku sahajalah yang kami memohan pertolongan.(Al-Faatehah:5)
Inilah konsep ibadah atau pengabdian sebenarnya yang membezakan antara mukmin dengan kafir iaitu setiap perbuatan lahiriyyah dan batiniyyah dilakukan semata-mata kerana Allah subhaanahu wa taaala dan untuk mendapatkan keredhaanNya. Ini bererti meletakkan seluruh perbuatan, percakapan dan tingkah laku di atas perintah dan petunjuk Allah semata-mata.
Tauhid Asma was Sifaat
Tauhid Asma was Sifat ialah mengitiqad dan beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan Maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan dan Allah subhaanahu wa taaala mempunyai nama-nama yang layak dengan kebesaranNya. Segala nama dan sifat Allah itu tidak sama dengan nama dan sifat makhluk. Walaupun nama-nama dan sifat-sifat tersebut sama pada sebutannya dengan nama dan sifat makhluk, tetapi hakikatnya ia tidak menyerupai nama dan sifat makhluk. Firman Allah subhaanhu wa taaala:
Tiada suatu pun yang sebanding denganNya (dengan zatNya, namaNya dan sifatNya), dan Dialah Yang Mendengar Lagi Maha Melihat.
Di dalam ayat lain Allah subhaanahu wa taaala berfirman:
Dan bagi Allah itu, nama-nama yang baik. Serulah dan berdoalah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya, mereka akan mendapat balasan akan apa yang mereka kerjakan.
PERTAUTAN KETIGA-TIGA JENIS TAUHID
Seseorang Muslim mestilah mentauhidkan Allah subhaanahu wa taaala pada ketiga-tiga jenis tauhid ini. Jika tidak, dia tidak dianggap sebagai seorang Mukmin. Seseorang Mukmin wajib beritiqad bahawa Allah subhaanahu wa taaala adalah Rabb bagi segala perkara dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dia juga wajib mengaku dan beriman bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan mempunyai nama-nama yang layak denganNya. Setelah seseorang beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid ini maka barulah dia dikatakan telah beriman dengan Allah.
Tauhid Rububiyyah diiktiiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Muslim atau kafir. Oleh itu, kalau seseorang hanya mengakui dan beriman kepada tauhid ini sahaja tanpa disetai oleh tauhid-tauhid lain, maka dia belum boleh dianggap sebagai seorang Muslim. Fitrah Insaniyyah sudah sedia mengenali dan mengakui rububiyyah Allah subhaanahu wa taaala. Tetapi tauhid ini tidak boleh diingkari walaupun ia diakui oleh semua manusia. Firman Allah subhaanu wa taaala:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (orang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka demikian tidak mengingkari Allah) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)
Segala pengakuan manusia terbukti melalui ibadatnya yang terkandung dalam tauhid uluhiyyah. Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyyah, maka secara tidak langsung dia beriman dengan tauhid rububiyyah dan tauhid asma was sifat. Ini kerana, tauhid uluhiyyah terkandung di bawah tauhid-tauhid lain dan sebaliknya. Seseorang yang beriman dengan tauhid rububiyyah sahaja tidak semestinya beriman dengan uluhiyyah Allah. Ada dari mereka yang beriman dengan rububiyyah Allah tetapi menyembah patung, berhala, bulan dan seumpamanya tetapi tidak mentaati Allah.
Begitu juga seseorang yang beriman dengan tauhid asma was sifat kadang-kadang kufur dengan uluhiyyah. Tetapi jika dia beriman dengan tauhid uluhiyyah dan menyembah Allah subhaanahu wa taaala, dia juga beriman dengan dengan tauhid rububiyyah dan tauhid asma was sifat. Tauhid uluhiyyah berasaskan ucapan (Laa Ilaaha Illa Allah). Manusia dijadikan untuk menyembah Allah. Inilah intisari tauhid uluhiyyah.
Jadi untuk menjadi seorang Mukmin yang sejati, seseorang itu wajib beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid ini serentak tanpa mengasingkan di antara satu sama lain.
PENGERTIAN SYAHADAH
Pengakuan dan pengiktirafan tauhid ini tidak akan terhasil melainkan dengan mengucap dan melafazkan dua kalimah syahadah: (Ash-haduallaailaahaillallah,waash-haduannamuhammadarrasuulullah) yang bermaksud: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam itu persuruh Allah.
Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, pengkhabaran, dan pernyataan. Orang yang bersyahadah dipanggil bersaksi kerana dia mengkhabarkan dan memberitahu apa yang diketahui olehnya. Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian ikrar , iktiraf dan itiqad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan. Seseorang yang bersyahadah memang mempercayaai kebenaran apa yang dikhabarkannya. Orang yang bersyahadah ini hendaklah sedar bahawa segala pengajaran dan peraturan yang disampaikan melalui Al-Quran dan Hadeeth adalah benar dan betul. Seseorang yang bersyahadah hendaklah tunduk dan patuh kepada kehendak syahadah dan tuntutannya kerana syahadah itu menuntut individu melaksanakan tuntutan-tuntutannya
TUNTUTAN-TUNTUTAN SYAHADAH
Syahadah yang diucapkan hasil dari kesedaran dan keikhlasan melahirkan tauhid yang sempurna yang berfungsi untuk mendesak orang yang mengucapkannya supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut.
Di antara tuntutan syahadah ialah:
Membenarkan segala yang datang daripada Allah dan Rasulnya
Seseorang Mukmin wajib percaya tanpa ragu dan syak segala yang datang daripada Allah dan RasulNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadeeth. Seterusnya mereka percaya bahawa segala perkara yng bukan dari Allah dan RasulNya yang bercanggah dengan Islam adalah palsu.
Melaksanakan hukum-hukum dari kitab Allah dan RasulNya
Semua hukum dan peraturan Allah dan RasulNya yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadeeth mesti dilaksanakan dalam semua urusan hidup, sam ada urusan ibadat, politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim di dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa sesuatu di dalam hati mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
Dapat difahami dari ayat ini bahawa orang-orang yang beriman rela menghukum dengan hukum Allah dan RasulNya dan menerima hukum itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tiada perasaan tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan hukum tersebut dan jauh sekali dari menukarkan hukum-hukum atau undang-undang Allah dengan undang-undang ciptaan makhluk. Oleh sebab itu, melaksanakan hukum-hukum dan undang-undang Allah merupakan suatu kewajipan dan tanggungjawab yang besar yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
2. Ingkar nikmat Allah samaada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
4. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.
6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
7. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
9. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
11. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
12. Melantik orang-orang kafir dan munafiq menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.
13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
14. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
15. Menyatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
16. Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhananNya dan ingkar nama-namaNya.
17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
19. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
20. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenag jasa dan namanya.
PENGERTIAN IMAN
Kalimah iman berasal daripada kata akar (al-amanu) yang bererti aman; iaitu ketiadaan rasa takut. Pecahan kalimah (al-amana) pula terdiri daripada kalimah-kalimah (al-amaanu), (al-amaanatu) dan (al-amiinu). Kesemuanya mengandungi makna induk iaitu: keamanan daripada rasa takut dan bimbang dan aman daripada dusta dan penipuan. Ia juga memberi makna kedamaian dan ketenangan jiwa.
Daripada kalimah (al-amanu) ini lahirlah kalimah (al-iimaan) yang mengandungi beberapa makna. Di antaranya kalimah iman ini membawa maksud: mengitiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Iman dalam pengertian bahasa mengandungi makna-makna: ketenangan, rasa penuh percaya, tiada keresahan jiwa, kesihatan aqal serta aman damai daripada takut dan bimbang.
Daripada segi istilah pula, iman bermaksud: membenarkan (tasdiq) iaitu beritiqad dengan hati dengan segala yang diketahui ianya daripada deen Islam yang dibawa oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam serta berikrar dengan lidah dan beramal dengan seluruh anggota badan.
CARA MENAMBAH IMAN
Ada beberapa perkara yang menyebabkan bertambahnya iman seseorang:
Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah:
1. Ilmu yang berkaitan dengan Allah, nama-namaNya serta sifat-sifatNya, perbuatan-perbuatanNya dan nikmat-nikmatNya.
2. Ilmu yang berkaitan dengan Rasulullah, akhlak-akhlak beliau, manhaj hidup serta syariatnya, serta perjalanan hidupnya dalam masalah ibadahnya, perjuangan dan juga muaamalahnya.
3. Ilmu yang berkaitan dengan kitaabullah yang mengandungi berita-berita, contoh-contoh, hukum, pengajaran, perbezaan dan lain-lain lagi.
Amal perbuatan
Amal perbuatan yang dimaksudkan di sini ialah membanyakkan amalan-amalan soleh serta menperdalami ketaatan sehingga menambahkan keyakinan dan memperkukuhkan keimanan serta menghindari diri daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskan ke dalam nafsu syahwat serta kemaksiatan-kemaksiatan lainnya yang boleh melemahkan iman.
Zikir dan fikir
Zikir ialah mengingati Allah serta sifat-sifatNya, apa-apa yang berkaitan dengan keagunganNya dan membaca kalam-kalamNya sehingga hati kita senantiasa ingat kepadaNya. Fakir pula ialah aktiviti yang membawa kepada renungan terhadap ciptaanNya serta memandang kepada Allah dengan memikirkan mukjizat-mukjizatNyaa sehingga dapat membuahkan iman kepada Allah, iaitu merasakan kekuasaan dan keagunganNya. Cara pandang yang demikian itulah yang disebutkan dengan tafkir dan itibar.
CARA PEMBATALAN IMAN BERLAKU
Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang itu ialah:
Ø Mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah.
Ø Mengingkari atau mencela nama-nama Allah serta sifat-sfatNya.
Ø Mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah.
Ø Mengingkari atau mencela Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, kerasulannya, dan apa-apa yang dibawanya dalam bentuk syariat atau lain-lainnya.
Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan itiqad, perkataan dan perbuatan di mana sesiapa sahaja yang melakukannya maka terbatallah imannya dan terkeluarlah ia daripada Islam dan syahadahnya.
PENGERTIAN KUFUR
Kufur ialah tidak beriman kepada keesaan Allah, atau kenabian, atau syariat, atau ketiga-tiganya sekali.
PEMBAHAGIAN KUFUR
Ibn. Manzur dalam Lisan Al-Arab telah membahagikan kufur itu kepada empat bahagian iaitu:
Kufur ingkar
Iaitu kufur di dalam hati dan lidah. Sebagaimana firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak juga beriman. (Al-Baqarah:6)
Kufur juhud
Iaitu mengakui dengan hati tanpa ikrar dengan lidah. Contonya seperti kufurnya iblis dan kufurnya Umayyah Bin Abi Al-Salt.
Kufur
Iaitu mengaku dengan hati, ikrar dengan lidah tetapi tidak menunaikan kehendak-kehendak agama kerana dengki dan sombong seperti kufur Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.
Kufur nifaq
Iaitu mengakui dengan lidah, tetapi kufur dan tidak bertekad di dalam hatinya. Di dalam kita Al-Tahzib ada menyebutkan bahawa: Mengaku dengan hati dan ikrar dengan lidah, tetapi enggang menerima Islam, ini seperti kafirnya Abu Talb, yang mana beliau berkata: Saya akui bahawa agama Muhammad adalah sebaik-baik agama, jika tidak kerana celaan dan cacian tentu aku terimanya (memeluk Islam).
SYIRIK, MURTAD, NIFAQ, FASIQ
Syirik
Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripada sifat uluhiyyahnya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan didoakan kepadaNya) ataupun sifat rububiyyahnya (menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam). Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat yang tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah. Sebagaimana firman Allah subhaanahu wa taaala:
Dan (orang yang beriman kepada Allah), kebanyakannya tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik walaupun terdapat di kalangan ulama yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.
Murtad
Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma ulama menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujjah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad.
Nifaq
Nifaq ialah sifat dan amalan yang dilahirkan oleh seseorang yang berupa amalan dan sifat seorang Muslim pada zahirnya tetapi hakikatnya dan juga apa yang ada di dalam hatinya tidak demikian. Jika apa yang tersembunyi di hatinya itu berupa perasaan yang tidak menafikan iman, maka tidaklah menjadi kufur. Sekiranya terdapat perasaan yang menafikan iman walaupun lidahnya berikrar, maka dia tidak beriman di sisi Allah. Tetapi di kalangan kita, dia adalah orang Islam, bermuamalah dengannya sebagai seorang Islam selagi tidak lahir kekufurannya. Sesungguhnya Allah hanya memberitahu kepada kita tand-tandanya sahaja dan terserahlah kepada si munafiq itu untuk menyedari bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di hatinya. Di dalam Al-Quran, Allah telah mendedahkan sifat-sifat orang munafiq seperti berikut:
Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukanlah oran yang beriman. Mereka hendak menipu Allah, padahal mereka menipu diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar.
Fasiq
Fasiq pada umunya ialah maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan keluar dari jalan yang dibenarkan. Di dalam Al-Quran, istilah fasiq ini digunakan bagi menerangkan perbuatan-perbuatan tersebut:
1. Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid, maka ini adalah syirik (As-Sajadah:18)
2. Maksiat kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka ini adalah kufur (At-Taubah:80)
3. Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur (Al-Maidah:25)
Saturday, January 31, 2009
KEJAYAAN DALAM ISLAM
Konsep al-Falah
Umumnya, apa jua tindakan manusia pada kesudahannya ia meletakkan satu matlamat iaitu untuk mencapai kejayaan. Dalam merencana untuk mencapai objektif tersebut, manusia perlu bertindak mengikut pelan perancangan yang dirangkanya atau yang telah ditentukan kepadanya. Begitu juga dengan prinsip nilai, sudah pastilah entiti yang mendasari sistem falsafah tersebut ialah kuantum nilai-nilai positif yang maksimum sama ada ia ditentukan melalui panduan wahyu atau melalui pemikiran dan pengalaman manusia. Pematuhan kepada norma-norma nilai murni tersebut menjadi faktor pendorong kepada kejayaan seseorang dalam setiap aspek keperluan kehidupannya.Dari sudut pandang Islam, konsep kejayaan yang ditekankan ialah mendapat keuntungan, kebahagian, kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan tersebut berkesinambungan untuk dikongsi di alam akhirat.
Dalam ketentuan ini, ia diistilah sebagai mencapai hasanah di dunia dan akhirat. Meskipun begitu, klimaks kepada pencapaian tersebut adalah untuk mendapat mardhatillah, keampunan Allah, rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Golongan manusia yang mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang memperolehi kejayaan yang hakiki atau distilahkan sebagai al-falah.Berasaskan kepada huraian tersebut, jelaslah bahawa secara implisitnya unjuran terhadap manusia untuk mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam setiap aspek keperluan kehidupan adalah untuk menjamin kemaslahatan umum dan mendorong manusia menuju ke arah kejayaan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Destinasi untuk mencapai kejayaan tersebut adalah berdasarkan kepada petunjuk dan bimbingan yang telah dilalui oleh para Rasul, Nabi-Nabi dan golongan soleh terdahulu melalui pedoman wahyu.
Pra syarat utama untuk manusia mencapai kemenangan dan kejayaan adalah dengan cara menjadikan pegangan agama sebagai satu cara hidup yang bersifat holistik. Pengukuhan cara hidup manusia dengan nilai-nilai Islam akan melahirkan satu kondisi yang positif dan memotivasikan insan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam melangsungkan survival peradaban manusia.Sehubungan dengan itu, apabila dipandang pada skala makro ajaran Islam sentiasa menyeru umatnya untuk maju ke hadapan, berperadaban tinggi dan menjadi perintis yang berjaya dalam pelbagai bidang untuk dicontohi oleh bangsa yang lain. Tidak diragukan lagi bahawa konsep al-falah seperti yang diprojekkan oleh Islam adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi kemurnian dan keagungan peradaban Islam untuk kesejahteraan umum dengan cara menintegrasikan keperluan duniawi dan maknawi secara bersepadu mengikut acuan agama. Kejayaan dalam neraca al- falah ini, tercetus dari inspirasi yang berasaskan gagasan-gagasan doktrin prinsip ajaran Islam yang memberi penekanan kepada nilai-nilai murni yang luhur.Sekiranya diteliti saranan yang terdapat dalam al-Quran terhadap manusia untuk mencapai jalan kejayaan didapati ia telah meletakkan mekanisme-mekanisme yang tertentu. Secara tipikalnya, mekanisme yang dikenal pasti sebagai formula untuk mencapai kejayaan adalah dengan cara penghayatan terhadap unsur-unsur nilai seperti keimanan yang tinggi, amal soleh, taqwa, al-amr bi al-ma`ruf wa al-nahyu `an al-munkar, akhlak yang terpuji dan nilai-nilai luhur murni lain yang diiktiraf dalam setiap perlakuan manusia.
Dari aspek psikologikal pula, kejayaan dan kesejahteraan yang diperolehi tersebut akan memberi impak yang positif dalam kehidupan insan seperti mententeramkan jiwa dan pemikiran serta bebas dari perasaan keluh kesah yang boleh memberi pengaruh negatif kepada ruh dan jasad.
Justeru itu apabila unsur-unsur nilai yang dinyatakan tersebut diaplikasikan secara konsisten dalam kehidupan manusia, golongan yang demikian disebutkan oleh Allah sebagai golongan yang berhak memperolehi kejayaan dan mendapat rahmat di hari akhirat kelak. Gambaran ini dirakamkan oleh al-Quran melalui firman Allh S.W.T:
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.(al-Mukminun:1-6)Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman:Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.(al-A`raf:96)
Walau bagaimanapun, sekiranya manusia mengingkari dan membelakangkan segala tuntutan yang termaktub dalam wahyu maka kehidupan manusia itu terarah kepada kesesatan dan jatuh ke lembah kejahilan. Secara tidak angsung, ia akan membuka dan mencipta ruang untuk bertindak di luar batasan keagamaan dan boleh mengundang kepada fenomena fasad. Kemuncaknya berlakulah unsur-unsur seperti kezaliman, penindasan, kesengsaraan dan pelbagai kesan negatif lain yang mengundang kepada kemusnahan dan kegagalan manusia di dunia dan akhirat.
Golongan manusia yang bertindak sedemikian disifatkan oleh Islam sebagai ”al-Khusran” iaitu manusia yang dikelompokkan sebagai golongan yang rugi dan malang di alam dunia dan akhirat. Ini kerana setiap tindakan yang dilakukannya bukan sahaja sia-sia bahkan tidak mempunyai nilai di sisi Allah S.W.T.
CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT KEJAYAAN
1. Mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
2. Mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
3. Mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
4. Mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya
Golongan di atas merupkan golongan yang mendapat kejayaan menurut Al-Quran.

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
PENGERTIAN ISLAM
Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja. Dengan sebab inilah agama ini diberi nama Islam. Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:
"Dan siapakah yang lebih baik Deennya dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikut Deen Ibrahim dengan hanaya cenderung kepada Allah." (Surah An-Nisa':125)
Berpandukan kepada ayat ini, Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan keikhlasan hati. Bahkan inilah intipati seluruh makna Islam. Islam dengan makna induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta seperti firman Allah:
"Apakah selain dari agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi telah Islam (menyerh diri) kepadaNya dengan relah hati dan terpaksa. Dan kepadanyalah mereka dikembalikan." (Surah Aali-Imran:83)
Firman Allah:
"Dan kepada Allah sujud segala yang ada di langit dan bumi dengan rela hati dan terpaksa, dan juga bayang-bayang mereka setiap hari pada tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Ar-Ra'd:15)
Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam tersimpul pula dalam penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat-tepatnya di antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada
Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-tiganya; Ad-Deen Islam dan sujud mempunyai kaitan dan jalinan makna yang erat dan tabi'i.
CIRI-CIRI ISLAM (KHASAIS AL-ISLAM)
Ciri-ciri Islam merupakan satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam yang merupakan titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.
Ciri-ciri Islam:
Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:
1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.
Kesan Rabbaniyyah
a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu
2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.
Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.
Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan
Syumuliyyah
Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.
1. Sudut kesyumulan Islam
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.
2. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.
3. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.
4. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.
5. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
6. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.
Alamiyyah
Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.
Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:
a. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.
b. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c. Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.
Waqieyyah
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.Contohnya : pakaian menutup aurat untuk masyarakat Malaysia adalah baju kurung tetapi bagi masyarakat Punjabi di India mereka memakai baju Punjab.
Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah. Seseorang itu Islam apabila ia menolak khurafat, syirik dan segala bentuk amalan yang diamalkan oleh golongan jahiliyyah dan yahudi.
Thabat dan Murunah
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.
CONTOH CARA HIDUP ISLAM YANG SERING DIABAIKAN
Selain daripada kewajipan-kewajipan yang tidak dapat tidak mesti dilakukan oleh setiap muslim seperti solat lima waktu, puasa dalam bulan Ramadhan, taat kepada ibu bapa ada beberapa aspek kehidupan yang sering berlaku di luar acuan Islam atau setidak-tidaknya ramai akan menyoal “Bagaimana yang dikatakan bersukan cara Islam? Bagaimana berpakaian cara Islam atau berhibur cara Islam?
BERSUKAN MENURUT CARA ISLAM
Islam lebih menyayangi penganutnya yang kuat lagi cergas daripada umatnya yang berpenyakit, malas dan lembik. Aqal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat. Permainan kita dianggap berpahala oleh Allah S.W.T. apabila perkara-perkaratersebut diraikan:-
i. Matlamat kita bermain adalah supaya badan kita sihat seterusnya kita mampu beribadat kepada Allah S.W.T.
ii. Permainan kita tiada unsur-unsur perjudian.
iii. Kemenangan atau kekalahan bukanlah semata-mata matlamat sebaliknya kesihatan dan ukhuwah diutamakan.
iv. Berpakaian menutup aurat dan tiada percampuran lelaki dan perempuan.
v. Permainan tidak dicemari dengan kata-kata lucah.
vi. Tidak mengabaikan suruhan agama dan kewajipan dunia seperti menunaikan solat dan menuntut ilmu.
BERHIBUR MENURUT CARA ISLAM
Islam menegah umatnya sentiasa dalam keadaan murung dan sedih. Berhibur menurut cara Islam dikira berpahala jika :-
i. Hiburan yang tidak ada unsur-unsur lucah, menghina agama,
menaikkan syahwat’ dan memuja agama lain dan lain-lain.
ii. Hiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan suruhan kewajipan
agama.
iii. Hiburan yang tiada percampuran lelaki dan wanita yang tiada batas,
pendedahan aurat.
iv. Hiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan kewajipan dunia.
v. Tiada berlaku pengagungan artis.
BERSAHABAT MENURUT CARA ISLAM
Setiap muslim mesti hidup bermasyarakat. Hidup bersahabat dalam Islam mesti dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu:-
i. Bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlak dan taat beragama.
ii. Jauhilah dari bersahabat baik dengan rakan-rakan yang mendorong
kepada perkara maksiat.
iii. Carilah rakan-rakan yang boleh berkongsi suka dan duka.
BERPAKAIAN MENURUT CARA ISLAM
Sebagai cara hidup yang lengkap, Islam juga mengatur penganutnya cara
berpakaian iaitu:-
i. Menutup aurat
ii. Tidak berpakaian ala-perempuan atau ala- lelaki
Dalam soal berpakaian Islam amat menitik beratkan agar pakaian kita menggambarkan kita sebagai muslim.
BERTUTUR MENURUT CARA ISLAM.
Dalam pertuturan, Islam menitik beratkan perkara-perkara berikut:-
i. Perkataan yang bermanfaat
ii. Tidak lucah, kotor dan keji
iii. Istilah yang sopan dan mudah difahami
iv. Menggunakan nada yang sesuai dengan suasana
v. Tiada unsur-unsur pembohongan, fitnah umpatan dan sebagainya.
Demikianlah contoh-contoh sudut kehidupan yang sering kita terlupa bahawa
sudut-sudut itu perlu diserasikan dengan Islam dan tidak terasing daripadanya.

Subscribe to:
Comments (Atom)